CARA MENGELAKKAN/MENGHALAU CACING DI TANDAS

Bilik air ni kita perlu pastikan ia sentiasa bersih tauu.. contohnyaa sesetengah bilik air terdapat beberapa jenis serangga seperti cacing.. seperti yang kita tahu, tandas ini ialah tempat untuk membersihkan diri dan bersuci.. jadinya kita perlu memastikan tandas di rumah sentiasa bersih..

Tandas juga merupakan tempat yang sentiasa basah dan lembap.. Jadinya ia akan memudahkan cacing untuk berkembang.. So marilah kita sama-sama fahamkan macam mana nak menghalau cacing.

 

1 Perhatikan keadaan air

TandasĀ  yang mendapat sumber air daripada bawah tanah memungkinkan air lebih terdedah dengan kedatangan cacing jika dibandingkan dengan penggunaan air daripada indah water kerana air indah water merupakan air yang telah dirawat untuk memastikan tiada pembiakan mikroorganisma. Tapi untuk anda yang menggunakan sumber air bawah tanah, anda boleh melakukan penapisan sebelum digunakan untuk kegunaan harian

Image result for paip air terbuka

 

2 Lihat keadaan permukaan tandas

Untuk bahagian ini, anda boleh perhatikan tempat dimana tiles di dalam bilik air. Dan anda perhatikan dibahagian berlubang tiles.. jika terdapat lubang, kemungkinan besar itu merupakan tempat pembiakan cacing.. penyelesaiannya anda boleh gunakan simen padat untuk mencegah lubang untuk cacing jadikan tempat pembiakan

Image result for permukaan tiles bilik air

 

3 Perhatikan drainase

Drainase merupakan saluran pembuangan air.. saluran ini kebiasaannya menjadi saluran untuk cacing masuk ke dalam bilik air.. Oleh itu, setiap kali anda membersihkan bilik air, jangan lupa untuk membersihkan saluran air tersebut dan tambahkan karbol untuk mengelakkan cacing dari masuk ke dalam bilik air.

Untuk menghapuskan cacing dari masukk ke dalam tandas, anda boleh mengikut cara ini:

 

  1. Anda perlu melarutkan 500gram garam ke dalam 5 liter air. Ini bermaksud 1 liter air 100 gram garam. Siramkan dinding dan lantai untuk mengumpan cacing untuk keluar dari dalam tiles atau pori-pori lantai.. (Jika tidak ada larutan garam, anda boleh menggunakan air bekas cucian atau air yang sudah ditambah sabun)
  2. Bilaskan permukaan yang telah disimbah itu dengan air bersih dan keringkan.. kerana jika anda mengeringkan tandas, ia akan mengurangkan kelembapan di dalam tandas..
  3. Kalau anda berniat untuk membesarkan tandas, seeloknya pisahkan bahagian basah dan bahagian yang kering. Contohnya ada yang menyediakan satu ruang kecil sebagai tempat untuk mandi..

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *